SSQS 2017

Screenshot 2017-07-27 17.07.46

Info Terkini !!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk makluman. Semua sekolah daerah semporna perlu mengisi penarafan SSQS 2017 mulai 15 Julai – 30 Ogos 2017.

Screenshot 2017-07-27 17.19.27

SILA KLIK DI SINI > SSQS 2017

Pentadbir SSQS ( Guru ICT) di sekolah perlu ke menu Log Masuk Admin untuk mendapatkan senarai Token (Tag) yang perlu diedarkan kepada setiap responden untuk menjawab soal selidik penarafan SSQS. Log Masuk Admin Sekolah ialah KOD SEKOLAH dan kata laluan ialah KOD SEKOLAH.
Ruj: Url SSQS Sabah 2017: http://best.moe.edu.my/ssqs/sabah/index.php

By admin PKG.

Advertisements
By silentdrive Posted in SSQS

Pertandingan Digital Storytelling Animation 2017 !!!

storytelling

1.0 Pengenalan

  • Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan pertandingan Digital StoryTelling (DST) Animation 2017 yang bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi, di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP.
  • Pertandingan ini diharapkan dapat menghasilkan:
  1. minat dalam industri animasi,
  2. galakan pembangunan bahan kreatif melalui teknologi melalui kerjasama murid dan guru, serta
  3. pembudayaan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP.

2.0 Pelaksanaan

  • Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) animasi terbaik dari setiap kategori di peringkat negeri akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Tema produksi animasi yang perlu dihasilkan adalah “Kisah Teladan / Value in The Story.
  • Setiap negeri dimohon memilih dan menghantar satu (1) klip animasi terbaik dari kategori Sekolah Rendah dan Menengah. Pemilihan animasi terbaik akan ditadbir urus oleh BTPN masing-masing. Sekiranya terpilih, kumpulan yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga akan dijemput ke majlis Anugerah Pembestarian Sekolah yang akan diadakan pada bulan Oktober 2017. Segala tuntutan perjalanan, makan/minum dan penginapan ke majlis anugerah tersebut walau bagaimana pun tidak ditanggung oleh pihak penganjur.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum/pada 1 Ogos 2017

3.0 Penutup

  • Bersama-sama ini disertakan lampiran berikut untuk makluman dan tindakan selanjutnya:
  1. Surat Siaran Pertandingan Digital Storrytelling Animation 2017
  2. Syarat dan Peraturan Pertandingan (Wajib dibaca dan difahami oleh Semua Peserta)
  3. Borang Penyertaan (Diisi oleh Peserta)
  4. Lampiran Sokongan (Diisi oleh Penilai Peringkat Negeri)
By silentdrive Posted in SSQS

SSQS 2016

Screen Shot 2016-07-31 at 11.08.09 AM

Semua sekolah perlu mengisi penarafan SSQS 2016 mulai 15 Julai – 30 Ogos 2016

SILA KLIK DI SINI > SSQS 2016

Pentadbir SSQS ( Guru ICT) di sekolah perlu ke menu Log Masuk Admin untuk mendapatkan senarai Token (Tag) yang perlu diedarkan kepada setiap responden untuk menjawab soal selidik penarafan SSQS. Log Masuk Admin Sekolah ialah KOD SEKOLAH dan kata laluan ialah KOD SEKOLAH.
Ruj: Url SSQS Sabah 2016: http://perlis.moe.edu.my/sabah/index.php

Sebarang masalah berkaitan Sistem ini, Sila hubungi En. Ismail Tahir, BTPN Sabah di talian 013 – 5478999

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

BORANG TUNTUTAN TAKLIMAT DAN BENGKEL PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DAN PERISIAN KANDUNGAN MBMMBI MENGGUNAKAN PENDEKATAN ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL(ZPD) Boleh dimuat turun dengan klik gambar tersebut, atau melalui menu muat turun yang telah disediakan dalam laman ini.

New Picture (1)

PENARAFAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2013

Perhatian kepada sekolah-sekolah di daerah Semporna.
PENARAFAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2013

Dimaklumkan bahawa Penarafan Pembestarian Sekolah menggunakanSmart School Qualification Standards (SSQS) bagi tahun 2013 berdasarkan SSQS 2.0 (aplikasi Google Doc) akan bermula 2 hingga 30 September 2013. Oleh yang sedemikian mohon kerjasama dan tindakan proaktif sekolah-sekolah di daerah Semporna untuk mengisi dan melengkapkan borang tersebut.Ianya boleh diakses dengan melayari url berikut :-

1. BORANG PENGISIAN DATA SSQS 2013. Sila Klik *

* A. BORANG BAGI PERPUSTAKAAN & MEDIA
* B. BORANG BAGI PENTADBIR
* C. BORANG BAGI GURU
* D. BORANG BAGI MURID

Semakan Status KLIK DISINI
Panduan pengisian

Sekolah -Sekolah Gred A & B

a. 1 Bagi GPM (Guru Perpustakaan dan Media)
b. 1 Bagi Pentadbir Sekolah
c. 30 Bagi Guru
d. 30 Bagi Murid

Sekolah -Sekolah SKM (Sekolah Kurang Murid)

a. 1 Bagi GPM (Guru Perpustakaan dan Media)
b. 1 Bagi Pentadbir Sekolah
c. 6 Bagi Guru
d. 6 Bagi Murid

Sebarang pertanyaan/masalah boleh diajukan kepada pihak PKG Semporna di talian 089 781943/014 5591656